Order Guidelines

Saturday, November 19, 2011

Teater Badai Semalam


Assalamualaikum dan hai...
Cerita ni sebenarnya dah lama dah, seminggu lepas punya.. Kolej bawak 2 bas untuk sapa-sapa yang dah bagi nama untuk join tengok teater Badai Semalam ni kat Istana Budaya. Bestt!! Sebab 1st time tengok teater. wakakaka

Masa mula-mula dulu, macam taknak pegi (mula-mula ingat kolej kasi free tengok, rupenye kena bayar tiket sendiri. apa ke bengapnye aku). Then bila dapat tau pelakon utamanya AARON AZIZ, waaah terus laju kasi nama. Aaron Aziz berjaya tarik satu penonton disebabkan diri dia. HAHA! Then call ibu, gtau la kan dah bagi nama untuk tengok teater, ibu tanya,

"Teater cerita apa?:

Ai jawab, "Badai Semalam."

Ibu kata, "Oh, ibu pernah baca novel tu dulu. Best. Sedih cerita tu."

Wah hati gua berbunga amat!! Hahaha! Masa tu baru tau cerita ni adaptasi daripada novel, and bila sembang-sembang dengan kawan, ternyata novel ni zaman generasi mak-mak ayah-ayah kita, sebab kawan-kawan yang tau pasal novel ni semua kata mak diorang baca la, ayah diorang baca lah. (Ouuu..novel lama rupanya..)

So kitorang pegi masa 12 November 2011, iaitu masa hari kedua tayangan. Ni ada la sikit-sikit gambar masa kat sana...

Tengok tu!! Aaron Aziz pandang sapa?? Pandang gua!!!


Ni macam backdrop teater tu before start. Lawa wooo body pompuan tu. wakakaka


Ni dalam teater. Yang nampak macam balkoni-balkni tu nama dia 'box' kan? Kalau dalam cerita orang-orang putih, tempat ni orang-orang kaya je leh duduk, pastu cium-cium kat situ =.=''
cehhhhhh



Dengan Sarah, one of my classmates.


Tolonggggla klik gambar ni untuk tengok saiz besarrr punya. Aaron Aziz !!!! hahahaha!!!
Lawa la baju Erra masa ni.
Ha, skirt-skirt yang Erra pakai dalam teater ni semua gua suka! Cantik! Rasa nak satu jugak!!


Tangkap gambar kat tangga.. bila tengok bawah gila ketaQQQQ kepala lutut. Tinggi amat.
*Patricia looks sweet la. haha*


Ni kat depan pintu masuk teater. Naik tangga tu, jalan straight nampak ada pintu kan? Kat situ la pintu masuknya. Okay la tu je nak update. Gila minggu depan exam final tapi nak update blog gak. Gua boring!! FB dah takde, macam dah lost contact dengan kawan-kawan pulak.

Study pun dah rasa macam kelabu je mata (hiperbola dowhh)
Lagu SCTS gak lah yang terbaik kat telinga. hikhik

btw, tadi tengok video Seven Collar T-shirt, my goshhh why did Ham looked danggg gorgeous in the video??? Sebab style dia main gitar ke? Memang best! Nampak hensem pulak tetiba =.=

haha

Assalamualaikum !! :)

No comments:

Post a Comment