Order Guidelines

Saturday, January 21, 2012

Contest Hijab4Nisa: Saya Bangga Berhijab!


Gambar kawan-kawan :)

Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama dah nak buat entri ni, cuma masa tak mengizinkan memandangkan sem terakhir sudah bermula.

Memandangkan tajuk yang diberi ialah Saya Bangga Berhijab, saya teringin nak berkongsi cerita dan pandangan mengenai hijab. Saya nak mulakan dengan status pertama facebook saya dalam tahun 2012 ni:

"2012 NOW. Status pertama dalam tahun 2012. Saya ingin menyentuh mengenai hijab. Saya hanya ingin menjawab tohmahan orang-orang terutamanya media Barat (ruginya deme tak baca!!) terhadap pemakaian hijab. Hijab tidak mengongkong perempuan. What the heaven wehh hijab mengongkong perempuan? Apa kongkongannya? Haha pelik dowhh korang punya pemikiran. Pakai tudung sama je dengan pakai baju, then kenapa korang tak kata pakai baju tu satu kongkongan? Pakai tudung ni tak mengganggu minda untuk menuntut ilmu pun.. Kalau macam tu kenapa kawan-kawan saya boleh berjaya? Well, your otak has nothing to do with ur hijab. Lagi satu, berhijab ni satu paksaan turun temurun? No no no...haha.. ai pilih untuk berhijab. It is my choice. Saya memang nak pakai tudung. Without tudung, I am no longer Iliana Yusoff...haha.. YES! Tamat."


Bagi saya, berhijab merupakan sesuatu yang memang fitrah, memang tak boleh dipisahkan dari dalam diri. Cubalah tanya mana-mana perempuan yang berhijab (yang pastinya berhijab kerana Allah), kalau diberi peluang untuk membuka tudung di depan ajnabi, mahukah mereka? Kalau kes macam ni, bermakna mereka memang berhijab untuk hidup mereka.

Dengan hijab, saya rasa lebih secure. Orang tak memandang, dan yang penting rasa lengkap terlindung apabila keluar rumah. Okay lah nak share sikit tips pasal pakai tudung melalui pengalaman saya sendiri. Harap-harap bermanfaat~

Saya bukanlah pemakai tudung bundar atau tudung bulat, namun saya masih mampu menutup apa yang patut, Insha Allah. Saya pakai je tudung bidang 60, bidang 50, tudung bidang 45 pun saya pakai. Kfine, kalau ada yang rasa tak bergaya pakai tudung petak, korang boleh je pakai shawl or pashmina. Tapi tolonggglah. Satu je. Pakailah ikut syariat Islam. Tak susah pun.

Sekarang ni, saya memakai 4 jenis tudung; bidang 45, bidang 50, bidang 60, dan pashmina. Paling secure ialah tudung bidang 50 dan bidang 60 kalau nak buat style pin kiri kanan. Tudung bidang 45 seriously memang tak sesuai buat style tu, or else korang tak dapat nak tutup yang sepatutnya dengan sempurna. Seriously. Dah banyak tengok dah ni. Huhu. Kalau pakai tudung bidang 45, pakai yang tak jarang punya. Dan jangan selempang-selempang. Pakai straight sahaja, then pinkan so that tak terlihat dada dan tengkuk korang dari celah-celah sambungan antara dua ekor tudung kat bahagian depan tu. Memang menutup kan? ^^ Somehow, dari sisi pun kadang-kadang terdedah jugak bahagian dada kan? Kalau boleh, pinkan la mana-mana part tudung tu dengan baju yang dipakai so that tudung tu takkan mudah terbang dan lebih secure pada badan anda.

Kalau pakai tudung bidang 50 or 60, saya akan selempang kiri kanan. Kalau tak, saya akan buat style macam Maria Elena ni pakai:

Gambar pinjam dari fanpage Maria Elena. huhu. Boleh tak? Just nak buat contoh.. =3

Oh I love this style. Ingat ya, style macam ni hanya boleh dibuat menggunakan tudung bidang 50 atau 60 ya. Janganlah cuba buat dengan tudung bidang 45. Tak selamat. I tell ya.

Pasal pashmina pulak (saya tak pakai shawl, saya pakai pashmina sahaja), senang je. Normally pashmina ni saiznya besar. Kalau pakai, confirm boleh tutup badan depan belakang! Just ianya terpulang pada cara korang pakai. Kalau betul caranya, maka labuhlah ia. Saya ada membeli pashmina yang satu ni secara online, bila dapat, wah memang lebar gila pashmina dia. Saya pakai memang boleh tutup sampai ke perutlah. Tapi bila tengok model tu pakai pashmina yang sama, pendek. Atas dada pulak tu. Hairan kan? Macam mana diorang boleh lilit-lilit pashmina yang besar tu sampai boleh jadi pendek. Tak tercekik ke? Haha. Ini bukan perli tapi pertanyaan. Ikhlas ni.

Kalau nak tau macam mana cara nak pakai pashmina yang menutup dengan betul, rajin-rajinlah buat research. Internet kan ada. Youtube kan ada. Senang. Saya sebenarnya baru lagi pakai pashmina. Start tahun 2010. Masa tu rajinlah nak buat research semua ni, bereksperimentasi cara-cara pakai pashmina/shawl. Semua jenis style saya cuba. Yang penting kena ada keinginan. Lepas cuba macam-macam jenis style, dari situ kite boleh nilai yang mana terbaik untuk kita. Saya dah ada reject beberapa jenis style yang saya cuba memandangkan ianya tidak mampu menutup apa yang patut dengan sempurna, dan juga kadang-kadang tu agak payah untuk dipakai dan tidak secure. Macam senang je tercabut kalau ditiup angin. Haha. Sebenarnya pakai pashmina ni memang akan menutup dada.. cara tu je yang nak kena betul.

Kalau rasa kurang secure dengan pashmina tu, maybe rasa macam dari sisi tak berapa nak secure, pandai-pandai pinkan mana yang patut mengikut keselesaan. Yang penting, pakai pashmina MEMANG boleh menutup aurat.. huhu

All in all, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Kita bebas untuk memakai apa-apa jenis tudung. Macam-macam ada kan? Tapi pilihlah yang betul-betul terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Yang penting, saya rasa sangat gembira berhijab kerana itu adalah identiti kita sebagai Muslimah. Semalam sahaja saya dah dua kali mendapat pengalaman yang saya kira menarik sebab rasanya macam tak pernah berlaku dalam hidup saya sebelum ni, dan saya rasa ianya ada kaitan dengan pemakaian tudung saya yang pada waktu tu ialah tudung bidang 60 yang dipinjam dari seorang sahabat. Huhu. Berhijab juga merupakan perisai kita dari diserang dengan pandangan-pandangan yang tidak baik dari orang lain.

Untuk cadangan pula, saya ingin mencadangkan supaya Hijab4Nisa mempelbagaikan lagi koleksi pashmina memandangkan saya ni peminat pashmina. Kebanyakan pashmina yang dijual oleh Hijab4Nisa sudah sold out, jadi saya tak dapat membelinya bila saya dah sukaaaaaaa sangat kat pashmina tu dulu :'(

Lagi, saya harap Hijab4Nisa ada buat macam aktiviti mengumpul point untuk setiap pembelian. Macam mana nak explain ni ye. Haha. Macam contohnya kalau kita beli dari Hijab4Nisa untuk sekian sekian, Kita akan memperoleh point sekian sekian. At a certain value of point, kita boleh redeem hadiah or boleh dapatkan item dari Hijab4Nisa dengan diskaun. Huhu.

Semoga Nijab4Nisa akan dapat terus membekalkan tudung-tudung yang menepati syarak untuk muslimah. Keep goin ! :)

Bertudunglah dengan sempurna,
Tak rugi untuk mencuba.
Wear It Right :)

Assalamualaikum.

Saya nak tag Hidayah Hanafi dan Aida !! :) Join la kalau rajin. huhu
Link contest ni boleh dapat kat sidebar blog ni ye~ Sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment