Order Guidelines

Tuesday, August 14, 2012

Results IB dan Masa Depan

Assalamualaikum!

Hai entri ni supposed to be written in July, tapi takde rezeki nak tulis, or malas sebenarnya? Haha. Okay harap dapat tulis dengan pendek je ni TT____TT

So, 6 Julai 2012 merupakan tarikh keramat untuk students IB sebab results keluar on that day. Keluar result officially jam 8:00 malam waktu Malaysia pada hari itu, tapi hari sebelumnya (05/07/2012) cikgu-cikgu IB kolej dah tau results. Tapi malangnya bukan semua yang tau. And bila ada beberapa kawan yang dah tau results daripada cikgu-cikgu yang dah tau results (Puan Rudina and her husband, Pak Lan), mesti ah gua pun rasa libang-libu kata orang Perak nak tau result gak. Ciwet biwet sudah, perut lapar tapi tak lalu makan, and dah berapa kali rasa nak muntah. Simptom yang sama masa keluar result SPM =.=

So, ku gagahi diri ini untuk mintak nombor Pak Lan dari Farah Hanaa demi mengelakkan diriku dari mendapat sebarang kemudaratan (ceyy alasan!). So, dengan lajunya jemariku menaip,

"Assalamualaikum Pak Lan, may I know my result? My name is Nur Iliana binti Mohd Yusoff."

Jeng jeng jeng beberapa minit gap tersebut memang rasa nak pengsan. Ceyy. Tiba-tiba bunyi mesej masuk! Dengan memejam mata, ku buka SMS tersebut...


Okay tu la mesejnya. Sampai sekarang tak delete lagi. Hewhew ignore jumlah mesej dalam inbox gua tu please. Dulu lagi banyak. Struggle jugak lah nak delete satu-satu. Sayang sebab banyak mesej bernilai tinggi sentimentalnya. kahkah

K tak melompat, tapi rasa macam nak menggigil sebab "AKU LEPAS 35 POINTS!" haha. Terus pergi kat ibu suruh ibu baca mesej ni, then ibu peluk. Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah banyak-banyak. Ayah pun senyum je baca mesej tu. Hehe. I love u ibu and ayah! Oh ya, sujud syukur jangan lupa. Lagipun ramai yang mengingatkan pasal benda ni. Huhu

Okay ni printscreen result ai. Saje je nak tunjuk. Sharing is caring, they said. Kahkah

Kalau berminat nak tengok, boleh je klik nak besarkan gambar ni kan?

K, kalau ikutkan, gua dapat 37, but then TOK+EE dapat 1 point, so dapat la 38. Tak de la kecewa sangat, tapi geram je dengan TOK pasal masa hantar final draft, dapat B+, so harapan diletakkan sikit kat TOK. Tengok-tengok rezeki dapat C je.. And and and sapa sapa yang kata buat EE Malay tu senang, AKU DAPAT B K. B. So takyah nak pandang rendah sangat kat EE Malay. Ramai yang kata "Ala EE Malay, boleh la nak harap, kami ni buat bla3.., susah.." Hahaha k no offence. Yang buruk jadikan sempadan.

3 bonus point dari EE+TOK ni sangat berharga tau tak. Okay ni gua nak kasi contoh. Ni results Iliana, Hazim dan Amirul. Mereka dapat semua 37. Sama.

ILIANA - 37
HAZIM - 37
AMIRUL - 37

Dengan kuasa EE+TOK ! (macam style Dengan Kuasa Bulan! dalam cerita Sailormoon), ini yang jadi. Hehe:

ILIANA - 37 + 1 = 38
HAZIM - 37 + 2 = 39
AMIRUL - 37 + 3 = 40

K fine Amirul sangat hebat k EE+TOK dapat full point. haha. Tu je la. EE+TOK sangat membantu untuk dapat high pointer tapi, bukan senang nak dapat... Tu je la nak kabor. haha

Sebenarnya, masa dah lepas lepas habis exam kan, agak ada perasaan takut la nak menghadapi result. Sebabnya, tanyala roommates gua, masa hari hari gap exam, kalau boring je main game dalam laptop. Pastu suka suka nak update blog selalu. Pastu asyik nak tido bangun lambat je. Pastu time-time exam la terjumpa link nak download myPaint, pastu time time tu la jugak rajin dan excited gile nak testing software baru. Berdoodle la, pastu gatai pi belajar editing untuk bokeh effect kat adobe photoshop. Banyak tak aktiviti yang menarik sepanjang hari-hari exam gua? Tu pasal lepas tu ada rasa macam seriau nak menghadapi result sebab banyak sangat yang terlampau sangat tak fokus untuk belajar. Tapi alhamdulillah, Allah beri nikmat kejayaan buat saya. Semoga gua belajar dengan serius dalam fasa ijazah nanti T_________T

Pastu teringat pulak, masa 1st day exam, paper 1 Maths. Demmmmmit susah! Tapi coolio lagi. Pastu esoknya, yang gua ingat masa tu hari Jumaat, Maths paper 2. Dua soalan kot tinggal kosong. Sebab dah tak tau sangat buat, saat saat terakhir before nak submit paper tu, aku kira; 18 marks total yang confirm aku hilang. MEMANG MENANGIS ATAS MEJA EXAM TU. Dalam hati dah menggila sangat dah kata "Ya Allah aku ke orang yang tak dapat fly??"

Oh ya, lupa. Sebenarnya ramai je yang menghadapi zaman kemurungan dengan paper Maths pada hari tu. Anis sampai berguling-guling atas katil. Hahaha meroyan semua. And rupenya ada classmate aku pun masa exam Maths dia terfikir "Aku ke yang tak dapat fly?" Tapi dia Maths HL la, lagi hardcore kan. Haha. Tapi Maths SL pun serius susah soalan dia haritu. Dan hah, tepat sekali dugaanku. Maths dapat band 5 je. Just berdoa jangan dapat band 4 je masa tu.

English pulak, tak sangka dapat band 7. Sebab sepanjang kat KMS, rasanya sekali je pernah dapat 7. Payah sebab amik english HL, and bila HL, pemeriksa akan letak high expectation pada essay kita, nak nak pemeriksa tu orang putih =.= Sir, please, I'm a Malay kayhhh. Dah la macam risky gila essay yang aku buat masa exam tu. Walaupun tu essay bebas, and narrative, tapi, oh mannn aku takkan berani dah buat essay cerita macam tu! TAKKAN!

Yang penting, tawakal kepada Allah.

Overall, cikgu kata results batch kami, IB Batch 6 - The Sixth Prestige adalah yang terbaik so far. 89% lepas 35 points and above with 19 people got 40 and above. Mula-mula nak celebrate sangat sangat results pun tak best jugak sebab ada jugak kawan-kawan yang tak lepas point. Tapi gua gagahkan jugak diorang kata kalau 33, 34 points tu, insha Allah dapat fly jugak sebab Manipal punye min point is 33. Dan alhamdulillah, MARA lepaskan mereka fly. So sekarang tak tau dah jadi berapa percent yang lepas fly.

And sukacita dimaklumkan, selepas fasa rayuan, kelas ai, MD62 yang ada cikgu pernah gelarkan as 'zoo', bising la, suka melompat sana melompat sini, 100% fly! Alhamdulillah! Haha cam kebudak budak pun okayyy what. 100% fly. Haha. Range points kelas gua adalah dari 33 hingga 41. Huuu tahniah korang!



Dan selepas fasa results, bermulalah fasa dah nak fly. Bila dapat offer letter, yep, siapa yang tak suka kan. Terpampang di kaca tv anda nama anda di dalam offer letter. Ceyy.

BACHELOR OF DENTAL SURGERY (BDS)

Dekat mana?

Hurm secara amnya, nama tempat tu ialah Manipal University, tapi dalam surat tawaran MARA tulis Manipal  Academy of Higher Education, India. Pape je la kan yang penting 2 tahun je kat sana, after 2 tahun, akan ke Melaka-Manipal Medical College kat Melaka pulak! Yeay bestnya dapat balik Malaysia cepat-cepat! Insha Allah, jika Allah aturkan segalanya mengikut perancangan, itulah hala tuju masa depan gua nanti, insha Allah. Teruja mahu memakai lab coat putih.

Oh ya, yuran hostel perempuan sangat mahal k. USD 2400 setahun. Nak tau kenapa? Sebab bilik dia style bilik hotel, satu bilik ada satu bilik air, ada aircond, almari yang besar, and yang penting, SATU BILIK SATU ORANG. K tak suka sangat bilik sorang-sorang TT_______TT tapi takpe la. Boleh je kut pegi lepak bilik kawan. For sure bilik Wani. Tradisi dari zaman KMS. Haha

Oh ya, tahniah juga buat students A-Levels yang result diorang baru keluar semalam. 84% lepas 13 points and above. Max 15 points. Tahniah sebab cemerlang! Untuk yang sipi-sipi 1 point nak lepas, doa banyak-banyak kat Allah, insha Allah ada jalannya untuk korang. MARA pun akan bantu, don't worry :)

So, bye-bye International Baccalaureate, you are so dear to me (tipu tipu!), bye-bye Kolej MARA Seremban, bye-bye Malaysia, Hello India, Hello Manipal University!

Ya Allah semoga saya mampu bertahan dalam BDS dan grad as Dr. Iliana (awhhh nak menangis kalau dah dapat title tu. Hahaha), the dentist :)

Bye!

No comments:

Post a Comment