Order Guidelines

Saturday, January 12, 2013

St. Mary's Island, Malpe

Assalamualaikum! Hai this time nak cerita pasal jalan-jalan kat St. Mary's Island pulak. Haritu dah update pasal Malpe Beach kan, now pasal pulau yang available kat Malpe tu pulak yang boleh kita kunjungi. Dan harus diberitahu bahawa pulau ini sangat cantik! Dah la kecik je. Binaan geografi pulau ni yang membuatkan dia menarik (cewah ayat nak power je. Maksud entah betul entah idok). Nanti kite tunjukkan! Hehe



So dalam last entry, gua ada letak map Malpe Beach, dan kita boleh spot kat mana kedudukan St. Mary's Island ni dalam map tu. Dan ini adalah gambar yang menunjukkan rupa bentuk pulau tu kalau kita lihat dari dalam helikopter. Cewah tipu je takdenye servis bawak korang naik helikopter kat Malpe tu.




Untuk ke pulau tu, kita kena naik bot! Bayaran individual adalah sebanyak:

Rs. 150 (RM 9) sekepala ye. SEKEPALA.

Tau tak, time ni kan, kelakar gila. Kitorang datangla kat pakcik bot ni kata nak naik bot whatsoever whatsoever, pastu lepas dah deal pebenda semua, pakcik tu menjemput kitorang semua menolak bot ni ke tengah laut sikit beramai-ramai =.='' yih lucunya! kitorang ni pelancong la pakcik, dah la semua perempuan =='' hahaha so kitorang tolak la beramai-ramai siap bersorak-sorak lagi... .__.

Perjalanan dari pantai Malpe ke St. Mary's Island ni gua tak tau la berapa lama, tapi mungkin dalam 15 minit kot.




Ni Amy. Nama Yindia dia, Yemmmmmmy.



Ni Hedaya dan Husni. Dua-dua mek klate. Nampak kat belakang tu? Ha tu la St. Mary's Island kita!




Dannnn akhirnya menjejakkan kaki di atas pulau ini! Subhanallah cantik sangat! Mari sebut lagi sekali beramai-ramai, Subhanallah!



Nampak tak orang berbaju putih tu? Diorang orang ghaib sebenarnya =I

Ceyyy tetipu je. Diorang tu local people kot, and muslim. Ada cerita menarik pasal diorang. Will tell you!



Dak dak Robinson Crusoe..



Ni semua adalah struktur yang awal-awal kitorang nampak masa turun kat pulau ni. Masa ni pun dah like "Waaawhhh..." sebab batu-batu kat tepi pantai dia sangat unik. Ala-ala hydroxyapatite crystals dalam enamel gigi korang camtu~ ewah~




Batu ni masa tengok dari pandangan atas, ala-ala cam penyu pun ada. Subhanallah ciptaan Allah kan.. mesti le tantek.. hihi



Then kitorang meneruskan perjalanan kat the other side of the island. Cam dalam gambar rajah di atas. Tak syak lagi lukisan perjalanan kitorang tu (line putus-putus kaler merah) aku lukis dengan betul kat sini! Sebab boleh cam bentuk muka bumi kat side lagi satu tu (tanda tick hijau tu). Best gila kat situ! (Oleh sebab dalam photoshop takde clipart bentuk bot, guna je la bentuk kereta. P/s aku malas nak cari gambar bot. Ala buat apa nak beria sangat pun kan hahahahahaha)


Ni antara pemandangan yang dikecapi ketika dalam perjalanan ke Tick Hijau itu......








Tadaaaaaaa! Akhirnya dah sampai!


Sedikit info mengenai St. Mary's Island:

Ia juga dikenali sebagai Coconut Island atau Thonsepar. St. Mary's Island merupakan salah satu daripada empat geological monuments di Karnataka, dan diiktiraf sebagai lokasi yang penting bagi "Geo Tourism" di India.

Cerita orang-orang tua mengatakan bahawa pada 1498, Vasco da Gama (ish dia ni ada je kat mana-mana. Dok diam sikit takleh ke?) telah menjejakkan kaki di pulau ini dalam pelayarannya dari Portugal ke India, dan menamakan pulau tu sebagai O Padrão de Santa Maria sebagai dedikasi kepada Mother Mary which aku malas nak google siapakah gerangan saudari itu hihihi (wait, adakah gerangan itu adalah Mariam/Mary ibu kepada Nabi Isa a.s? Tak syak lagi) sebelum dia proceed ke Kozhikode kat Kerala. Kerala ni paling selatan tak silap aku kat India ni.



Deyy Vasco, lu penah jejak Malaysia, and tempat ni kan? Gua pun. So win-win! Hahahahahahaha




Anis, Anis dan Aida. Hahaha



Jaie dan Yemmmy


Awesome kan? Air jernih, batu-batu unik.. Awhh begitu mendamaikan. Angin bertiup berhembus lembut, deruan ombak memukul pantai.. Ewaaaah




Jernih ngatttt air dia! Biasalah pulau kalau orang tak berendam sangat memang airnye jernih. Cam air laut kat Pulau Beras Basah kat Langkawi yang aku pergi masa form 4 dulu hihi




Hydroxyapatite crystals lagi! HAHA

St. Mary's Island ni terbentuk daripada gabungan empat pulau, dan dalam empat-empat pulau tu, pulau yang paling utara sekali ada "basaltic rock formation" dalam bentuk hexagon, yang mana merupakan satu-satunya jenis yang ada di India (semoga aku translate artikel wikipedia ni dengan jayanya hahahaha)

Keluasan pulau ni adalah 500 meter x 100 meter. Ia mempunyai banyaaaaak pokok kelapa yang mana menjadikan ia turut dikenali sebagai Coconut Island, seperti yang telah dinyatakan di atas tadi ^^

Dan ye, takde sape yang tinggal kat atas pulau ni. Tu la, dah kata dah, tempat ni best kalau korang nak jadi Robinson Crusoe.. hahaha




Lagi binaan geografi yang menawwwwik!





Ni geng kongsi gelap kat pulau ni. The Black Gagaks. The Dead Crow pun boleh tapi tak melambangkan semangat juang kongsi gelap diorang lak kan kalau dah ada word 'dead'.

*The Dead Crow: poem belajar dalam subjek English masa form 1 dulu. Jangan kata kome dah lupa...



Mereka bertempiaran lari setelah menyedari kegiatan mereka dihendap oleh aku.



Beburung yang ni lak geng lovebirds. Tapi bergaduh kot. Rumahtangga berantakan. Sekor pandang sana, sekor pandang situ. Alolololo merajuk...



"I WAS HERE!" ujar Leanot.



"Babai sohabatku," ujar gagak yang masih setia bertenggek di atas puncak batu kepada sahabatnya yang telah terbang.





Oh yang menarik pasal lelaki-lelaki muslim yang naik satu bot dengan kitorang tadi tu kan, yang pakai baju putih semua tu kan, kitorang nampak diorang berjalan-jalan atas batu-batu besar tepi laut ni, and sampai satu point, maybe tempat tu diorang rasakan paling best or sesuai, lalu diorang menunaikan solat kat situ. Masha Allah rasa teruja gila kitorang tengok sebab bayangkan la, tempat tu sangat peaceful, ada tiupan angin cool-cool, pastu ada bunyi-bunyi ombak rindu kan, ada bunyi kicauan beburung, pastu sujud lak kat atas batu yang tinggi dari permukaan air laut, subhanAllah what a great place to remember our Creator! Sangat tenang!






Tu sahaja pendedahan gua untuk St. Mary's Island ni. Insha Allah nanti uolls mai la ramai-ramai solat kat pulau ni kan. Pastinya satu pengalaman yang berbeza kan? Cewah. Okay la tengs baca! Haha assalamualaikum!


Source: http://en.wikipedia.org/wiki/St._Mary's_Islands_(Karnataka)

4 comments:

  1. i love b__ch so much .
    loving that coconut trees scenery so much .
    awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i do love b__ch too. Come to manipal bebeh! Haha. Lagi best kalau ada stall jual air kelapa kat sini kan T.T

      Delete
  2. never thought kat india ade tmpt yg cantik... nice place!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hati kau pandang rendah kat India! Tau la dakdak Aussie! Haha

      Delete