Order Guidelines

Thursday, February 28, 2013

KMS North India Trip: MilSim Goa

Assalamualaikum :)

Hai! Erm actually kalau start-start je entry terus nak masuk content tak best kan. Sangat sangat tak best. Tapi aku tak de idea nak buat pendahuluan cane, so, anggaplah ini adalah pendahuluan entry ni ekekeke

Untuk entry ni, yahuuu dah masuk hari kedua kat Goa! Lama sungguh nak menulis pasal tempat-tempat yang kitorang gi masa hari pertama tu je =.= Alhamdulillah!



7 Februari 2013

Seperti yang dah dirancang, antara aktiviti 'wajib buat' kitorang kat Goa ialah....
MAIN PAINTBALL!

Erm tapi bila sembang-sembang dengan orang kat tempat main paintball tu, mungkin one of the owners kot, or pekerja, dia kata game ni bukan paintball. Dia kata, namanya ialah..
MILSIM.

MilSim stands for "military simulation". Katanya, sebab tu setting tempat main game ni dibuat bebetul cam tempat perang sebab nak menghidupkan jalan cerita (eh?). Dia like nak bagi korang main dalam keadaan yang realistik giteww ahaks.


Dimulakan dengan bismillah, memula haruslah anda membaca syarat-syarat dan peraturan game! Tambah-tambah beginner cam ai wahahahaha... baru first time main! Yala sebelum ni nak main dengan sapa pun.. Haip Dhoyah nak baca takyah nak sengih sangat eh. Hahahaha



Ninja Turtle!!



Dolly menerima uniform askar dari pakcik. More like a mechanic uniform senanye hihihi



 Oleh sebab kitorang 22 orang, mana leh main redah lawan semua sekali kan nanti saturated sangat tempat tu pastu nanti leh jadi cam perang serbu beramai-ramai lak. So kitorang divide into 2 games; 6perempuan vs 6perempuan dan 4lelaki1perempuan vs 4lelaki1perempuan.

Satu kumpulan kaler hijau, satu kumpulan kaler cokelat.

Kate deme, hijau = Hamas dan cokelat = US ==''



Wahwah kemain lagi Dolly. Hehe




Menurut yang terkena tembak kat tangan, mereka mengesyorkan pakai dua lapis gloves bagi mengelakkan tangan jatuh saham.



Husni emotional nak pergi perang kah



Namun Husni masih sempat mencubit manje pipi Hedaya



Dem aku dapat kumpulan US T______T
Takmau! Aku anti US!




Makanya selepas selesai melengkapkan diri dengan segalanya termasuk bekalan doa dan harapan, wahwah mereka pun dengan yakin sekali melangkah ke medan peperangan T.T



Bukan sahaja kaum hawa, malahan kaum adam juga.



Aku dan Farah tercampak ke dalam game kedua.


Game pertama dikuasai oleh kumpulan gegadis.



Mereka diberi taklimat dulu. Pastu testing tembak-tembak sikit aww



Medan perang! Haha



Sementara tunggu diorang bertempur, kitorang pun dok lepak kat tempat yang lebih selamat dari sebarang peluru buta. Kalau tak nahas, jatuh saham! (Bak kata seseorang yang Husni kenali, sekali kena tembak, turun satu saham wahahahaha)



Peace no war haruslah ada di mana-mana.




Dah habis first game, kitorang punya turn pulak! Hihi ce teka mana satu aku. Team USA T______T Takmauuuuuuuu





Wow bergaya gak ai hihihiii




Aiyok lari! Lari! Lari! Kill kill kill! Die die die! Wahwah spirit membunuh aku sudah keluar!

Kat sini macam tak banyak benda leh cerita, syok tengok gambo je ye dak. Hihi tapi overall, seronok la! First time main. 

Oh ya, masa mendaftar awal-awal tu sebelum start main, kita ada kena sertakan sekali email. Functionnya? Cey diorang nak hantar gamba korang masa game tu la! Ni antara gambar yang diorang hantar kat kitorang.



Ni Tiha ni. Tataplah pandangan matanya wahwah sangat fokus nak menembak orang



Adl, Farah, Kidin dan ai. Ai jadi ejen risikan nak spy taktik diorang kehkehkeh



Zul, Adzrif, Hasif, Balqia, Azhaq. K Hasif pun jadi ejen risikan kat sini.


Berhenti main jap sebab bullet dah habis. Nak tambah, kena bayar Rs 150 (RM 9) untuk 50 bijik kot. 50 kot. Nak beli air minuman dari diorang pun leh. Pandai bos bisnes yek. Haha. Tapi murah jek. Satu botol Rs 9 kot kalau tak silap. 54 sen duit malaysia. hahaha. Tapi kecik sikit la botol dia.




Model of the entry! Tahniah sekali lagi Anis! Wahwah hebat dah dua kali Anis ditabalkan menjadi model of the entry. Hihihihiiiii tapi kan sangat takleh bla caption gambar ni yang si MilSim ni upload kat FB page diorang. Captionnya is "the MilSim Warrior!" Wakakakaka guling-guling Anis baca. Hmm ni nampaknya first gambar model of the entry yang bukan datang dari kamera gua T.T



Dinasihatkan, kalau korang nak main game camni kat Goa, please la datang awal pagi sikit. Dah menjelang tengahari, kat Goa tu, panas gila! Mungkin boleh pengsan korang bernafas dalam topeng tu dalam cuaca panas. Selain tu, bawakla air minuman ke, makanan ringan ke, sebab pe, aku datang ke situ tak makan pape dan masa perang pun leh bersedih sebab perut lapar =.= err bukan aku sorang je. Ramai je tak makan pagi tu. Kahkah mungkin dorang juga merasai kesedihan yang sama ketika sedang berperang.


Okay dah penat main! Wa panas wa lapar wa haus!!



Dan gua rasa gua perlu bunuh Farah sebab dia adalah team lawan gua!

Lepastu, kitorang balik semula ke cottage, pastu terus gi lunch kat Subway dekat dengan cottage tu. Lapaq baq hang. Seusai itu (cey betul ke penggunaan perkataan tu kat sini), kami beransur pulang ke bilik memasing, mandi bersolat, berehat, menonton tv, dan.......

Lepas tu akan melancong ke Palolem Beach pula!
Next entry, insha Allah :)
Thanks for reading!

Oh, luckily, gua tak kena tembakan langsung. Mungkin sebab gua macam bajet melindungi kubu jek wakakakaka. Yeay saham tak jatuh! \o/

Assalamualaikum ^^

No comments:

Post a Comment