Order Guidelines

Monday, January 7, 2013

Year End Treat!

Assalamualaikum!

Hai! Just wanna update on how we celebrate new year in here, Manipal =.= Tak dapat cuti new year kan, sedihhhhh! So, malam 31/12/2012 tu, gua, Nadia and Amy pun decide nak gi keluar makan best-best sikit sebab yela, rasa cam nak treat something untuk diri sendiri hewhew. So, malam tu kitorang gi restoran Saiba! Saiba ni dekat je dengan hospital KMC kat Manipal tu, so uolls kalau nak datang Manipal, senang je cari. Tepi jalan dekat dengan Tiger Circle tu, pehtu cari je la Saiba. Manipal ni bukan besar mana pun wahahahahaha. Macam la ada orang nak datang melancong kat Manipal ==' (oh no aku telah memandang rendah pada Manipal)



Here we goooo!



Perkenalkan, awek kiri tu Nadia, and awek kanan tu Amilia @ Amy je panggil dia hehe. Klate dan Penang. Gua Perak. K saje nak bagitau. Well, dah kenal dari KMS lagi time buat IB tapi lain-lain kelas, so kenal-kenal camtu je la kan. Kat Manipal ni, dah satu batch kan dalam dentistry, so otometikeli jadi rapat dengan semua dak KMS dentistry. Haha. Bukan sahaja dak KMS, malah boleh kata satu batch. Sebab batch dentistry kecik je, around 70 students je mungkin.

Ha nak cerita sikit. Time kitorang kat dalam restoran tu kan, ada cam kecoh-kecoh sikit. Ada sorang mamat tempe ni (tempe = panggilan student Malaysia merujuk kepada local people) yang dah cam 40an kot mengamuk-ngamuk, pastu sampai jumpa orang atasan restoran ni (kot). Entah la pebenda tah. Makanan lambat sampai agaknya. Tapi lek luuu. Jerit-jerit sebelah telinga kitorang kot. Kitorang pun berang cenggini! Dengan sedare marenye gamaknya dari meja seberang pun turut serta bising-bising, dengan baby melalak lagi. Stress gua. Orang datang nak makan hepi hepi, sibuk je diorang ni bising-bising. Sampai kitorang pun jerit-jerit marah dalam bahasa Melayu tapi tau tak, jerit pun tak dengar tau suara kitorang =='' dasyat sungguh bisingnya masa tu. Haha. Pengalaman pengalaman.. So India kan?



So, this was our main dish. Chicken Supreme Pizza. Kongsi 3 orang. Berapa eh harga pizza ni? Cop, dah lupa. Kbai.



Ni pulak sandwich apa tah nama dia. Tapi dalam dia ada coleslow(argh tak reti le ejaan dia camne), ayam, mayonis, telur, apa tah lagi tah. Roti dia, dia grilled. Tapi enough said, grilled chicken sandwich kat Scirocco dalam foodcourt universiti lagi best. According to me la. Hehe. Tapi yang potato chip dia ni sedap! Yang sandwich ni kitorang order sendiri sendiri.

Harga, Rs. 70 kot. Mungkin. So around RM 4.20 la.


Thennnn, ni yang paling spesel! Tapi Nadia tak order. Gua dengan Amy je order. Ni semua pasal masa kat Mangalore ritu (nak buat entri pasal pegi Mangalore haritu, makan kat Sizzler Ranch tapi tak buat buat pun heh) kitorang kongsi dish ni, so this time nak makan sendiri the whole dish! Kahkah



Tak nampak?


Nampak sikit?



Tu diaaaa dah nampak dah! Oh masa ni waiter tu baru taburkan kekacang tu atas aiskrim tu.



Sos coklat masih membuak buak menggelegak!



Hmmm dapnyeeeee



Dannnn... tadaaaa! Sos coklat dah tenang. Maka bolehlah makan, namun awas! sos coklat itu sangat panas. Bisa melecurkan lidah anda.

Okay, so hidangan ni namanya Sizzling Brownie! Harga kat Saiba ni Rs. 60. Ek? Ish dah lupa sangat dah ni baru la nak update pun ==''

Brownie dia letak kat tengah-tengah hot plate tu, and diletakkan seketul aiskrim vanilla kat atas dia, pastu waiter tu hantar, dan tuang sos tu ke atas mereka di hadapan mata kita! Okay this one gua suka. Sebab presentation dia menarik hahahaha. Berasap-asap jugaklah keliling gua masa tu sampai tak nampak apa yang dia buat. So, nak makan brownie ni, mengikut pengalaman aku, kena potong brownie tu then calit sikit coklat panas tu, pastu korek sikit aiskrim. Baru sedap. And sos coklat tu pun panas sedap-sedap je bila masuk mulut. Omoooo dapnyaaaaa! Takpe, sini bila-bila masa je leh gi makan hihihi

Okay la, tu je update mengenai makanan 31/12/12. Nanti nak update pasal makanan awal tahun 1/1/13 tapi tengok lah kalau rajin. Actually takde la apa sangat dengan tahun baru ni, dah la kalendar Gregorian je kan. Tahun Hijrah lebih bermakna untuk disambut. Tapi memandangkan tak pernah bersekolah pada 31/12 dan 1/1, so just nak gembirakan diri sendiri je makan-makan ni. Hehe.

Oh, and kitorang keluar awal dan balik awal malam tu sebab takut nanti orang mabuk merata-merata kan. You know, new year kan. And this is not Batu Gajah, at least (sebab kalau cam kat Keyel tu mesti biasa je kan orang mabuk time new year, I assume). Oh myyyy... I miss Batu Gajah! :(




Mana saya? Haha bai!


2 comments: